Pengarah Pembangunan Gred J54 (Kontrak)
· Warganegara Malaysia
· Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan atau Seni Bina atau Ukur Bahan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
· Mempunyai sekurang-kurangnya 15-20 tahun pengalaman dalam mengendalikan dan menguruskan projek pembangunan dan penyelenggaraan bangunan, infrastruktur fizikal dan perolehan.
Syarat Bahasa Melayu : Lulus (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
MAKLUMAT AM DAN CARA MEMOHON
PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN :
Kelayakan akademik yang dikemukakan bagi menyokong permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan.
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :
Pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
CARA MEMOHON :
1. Calon diminta supaya mengisi borang permohonan dengan lengkap secara online dengan melayari
http://e-recruitment.um.edu.my/, termasuk di bahagian kelayakan akademik. Kegagalan anda berbuat demikian atau permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan atau permohonan selain daripada online atau didapati mengemukakan maklumat yang tidak benar boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
2. Calon yang dipanggil temuduga dikehendaki mengemukakan dokumen berikut semasa menghadiri temuduga;
(a) Resume (sila cetak dari e-recruitment)
(b) Salinan setiap sijil (yang telah disahkan) beserta sijil asal.
3. Tarikh iklan bermula pada 28 April 2014 (ISNIN) dan tarikh tutup permohonan ialah pada 05 Mei 2014 (ISNIN)
+60379673526 (tel)
+60379677089 (fax)